click me

Friday 18 July 2014

20. Pesawat MAS MH17 ditembak jatuh terhempas!!!

sedih betul dengan berita MH17 yang terhempas setelah ditembak jatuh di ukraine!!! tradegi sedih yang melanda negara dalam masa 4 bulan - kehilangan MH370 yg masih jadi tanda tanye - dan now MH17 yang ditembak dan jatuh terhempas di ukraine!!! i'am speechless!!!!!!! - takziah saya ucapkan pada pihak yang terlibat - Al-Fatihah.......

Wednesday 16 July 2014

19. CDM 25 oi......

            pay me now 2000!!!!!!!!!!!!!!!!!!
             pay me now 2000!!!!!!!!!!!!!!!!!

cuba teka siapa saya?
satu msia kenal minah nih dow!!!! tak payah teka2 dah!!!! pay me now 2000!!!
buekkk!!!!!!!!!


               

Friday 11 July 2014

18. Sejarah awal palestine - israel

Sejarah Palestine..... 

saya copy-paste dari blog dyzaraa - untuk perkongsian bersama - idak le korang terkebil-kebil bila orang citer pasal sejarah palestine - israel nih!!!! boikot bukan main!!! tapi sejarah haram nak ambik tau!!! selamat membaca - baca novel tebai-tebai boleh....takkan ni tak bolehkan....

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejarah Awal

Kita susuri sejarah tanah Palestin tersebut, sehingga membawa kita kepada kisah Nabi Musa. Kisah inilah yang menjadi sejarah kepada terbentuknya Bani Israel. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.
Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.
Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.
Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)
Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.
Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.
Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.
Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.
Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.
Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,
“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”
Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.
Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu - “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”
Lord Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam.
Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.
3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.
Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.
Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.
Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.
Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.




17. Palestine tumbang...

14 Febuari 1948 - PBB ishtiharkan tumpangnyer Palestine dan tertubuhnye negara baru Israel!!!! eh!! same ngan valentine day le!! sape2 yg sambut valentine day tu takyah le celebrate next year yek!!!

tarikh tu baru saya tau hari ni - heeee - akibat buta sejarah islam - bila baca berita - rencana - buku tentang palestine dan israel - baru la paham sikit2 bagaimana bermulanye pertelingkahan dua negara ini!!! kesimpulannyer - bangsa yahudi israel mula berkuasa menganas di bumi palestine bila umat islam palestine sendiri berbalah dan berpecah dalam perang saudara akibat berbedaan pendapat!!! cenggitu la lebihkurang.......contoh paling nyata - betapa kita perlu bersatu supaya tidak diceroboh!!!!






Wednesday 9 July 2014

16. Gulai tempoyak

gulai tempoyak adalah heaven - kalau semua orang suke gulai tempoyak ikan patin - ikan kembong - ikan jelawat or ape2 je la - saya suke gulai tempoyak yang kosong!!! yang ade ikan2 ni saya makan tapi kurang gemar......gulai saya
kalau nak letak isi pon - boleh la letak tomato potong2 besar or timun potong2 tebal just right before saya padamkan api - gulai saya betoi2 rasa tempoyak!!! betoi2 pedas dan betoi2 pekat!!! kalau orang tengok - alahai kesiannyer gulai tempoyak ko nina..............kosong!!! tapi kosong tu yang buat dia sangat heaven!!! yummy!!! owh lagi satu - gulai tempoyak pucuk ubi and petai - seindah nama gitu juga la rasanyer - gulppp!!!
ps : hari ni saya berbuka dgn gulai tempoyak letak tomato semata-mata - makan sorang2 sambil pejam2 mata........

15. Shepherd's pie

shepherd's pie untuk sahur tadi - hidang depan TV - coz both of them were glued - paham2 jer la Brazil lawan Germany - and yessss germany menang - tak sia2 sokongan padu ai pada u all.........

14. Wordless wednesday


13. Germany vs brazil

                        7 - 0
                Jom Samba!!!!!!!!!

tu jer nak citer sbb saya nak sambung hip hip horey depan TV!!! heeee........

Tuesday 8 July 2014

12. Look Up


........live life the real way........

11. Biskut arab....

selain tempeyek - ini pon kesukaan saya - kacang putih je nak buat biskut nih - sangat senang - tapi kalau dah cik ma dengan cik las - yang senang pon kita cakap susah!!! saya la tu , contoh terbaik!!! dah order jugak tapi 100 je - kalau order banyak sangat - sekelip mata badan jadi ala tembam tembam!!! ala comel comel!!! ala gajah gajah!!! 
korang perasan tak bila saya citer pasal biskut raya - cara citer tu mcm saya order biskut bukan untuk orang yg dtg beraya tapi untuk tekak saya semata-mata!!! heee!!! saya mmg cenggitu - tekak sendiri wajib didahulukan!!! nih ada saya copy paste resipi biskut arab - saya pon ade jugak salin resipi ni - ade dlm buku resepi saya yg dah bersawang!!! heeee!!!

Biskut Makmur

Bahan Doh
500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]
Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus 
Gula icing [untuk salut kuih]

Cara
1. Gaulkan semua bahan doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.

Cara Kedua

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )
1 tin kecil Ghee ( cairkan )
5-6 sudu makan gula halus
5-6 sudu makan susu tepung
100 gram kacang tanah ( goreng & kisar )
tepung secukupnya ( goreng tepung tanpa minyak hingga sedikit kekuningan )
100 gram gula halus

Cara-cara
1.Campurkan ghee cair , gula , kacang kisar dan tepung
2.gaul sebati sehingga tidak melekat pada tangan.
3.Bentukkan doh menjadi bola-bola kecil.
4.Susunkan di atas loyang dan bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 10 hingga 15 minit.
5.Setelah biskut masak,salutkan biskut dengan gula 

senangkan tuan-tuan dan puan-puan....................

10. Makaroni goreng

makaroni goreng for sahur - meremang tekak ai but the kids loved it!!! saya makan roti bakar which is boring!!!
saya : esok kita sahur nasi lemak nak?
iman : ermmmmmm.........
isymil : tak nak la!!!! buat spaghetti la ibu........

euwwww tak jemu-jemu ke depa nih!!!!!!!

Saturday 5 July 2014

9. Spaghetti with fried chicken

 tadi i cooked spaghetti for sahur - pungpang-pungpang tetiba dah siap - cepatnyer!!! so boleh goreng ayam - ayam ayamas la - senang sikit!!! lepas goreng - panas-panas tabur cheese bedebah atas ayam - ape saja berkaitan cheese bedebah mmg la anak-anak suke - alhamdulilah - licin!!!!

8. Datuk Sharifah Aini

Biduanita Negara - Datuk Sharifah Aini meninggal dunia sekitar jam 1.26 pagi tadi diusia 61 tahun - kehilangan yg tidak akan ada gantinye - semoga beliau ditempatkan disisi orang-orang yang beriman....
Al-Fatihah....


Friday 4 July 2014

7. Tempeyek...


tu buah hati di musim raya saya - saya dah order 300 untuk saya makan selama sebulan berhari raya!!!!!! boleh tak itu jer nak citer!!! heeee!!!!

Thursday 3 July 2014

6. Ke........

tadi sahur with bubur nasi - anak2 saya suke bubur yg letak santan - letak sikit jer - banyak kang terus jadi nasi lemak lembik!!! lauk??? eh!! eh!! kena
ade lauk ke??? kenape saya tidak diberitahu tentang perkara ini!!!!! (poyo)
serious tak tau pon kena buat lauk!!! kalau tak dah tentu ai masak ayam ke - itik ke - kambing ke - lembu ke - unta ke - banyak le ko punye ke.......pemalas!!! 


5. Swimming

sabtu lepas anak2 saya gi swimming dgn maksu - sebelum puasa jom la berendam lama2 - swimming club nih tak ramai orang - peaceful jer - seronok tengok anak2 dah terror swimming - next will be ilham - lepas raya nanti maksu sambung ajar ilham swimming okay!!! tengok gambar jer la - takde ape pon nak citer!!!





2 orang budak pompuan tu kwn baru ilham - baju belang2 namanye marisa solehah - sorang lagi wawa.......kawan tapi mesra jer depa nih!!! hehehe!!
marisa : macam ni la berenang....meh kita ajar!!!
ilham : tak payah.....maksu adik boleh ajar........
marisa : kita ajar!!! kita ajar!!!
ilham : tak nak!!!!!!
marisa : penakutnyer budak nih!!!!
ilham : hey!!! nape pakai kain kecik kat swimming poot? pakai la seluar                          swimming poot!!! (swimming pool) 

kain kecik dia bantai!!! last2 ilham tukar tajuk - rimas kot ngan cikgu renang marisa solehah!!!! 


Wednesday 2 July 2014

4. Kuew teow goreng

pagi tadi sahur saya masak kuew teow goreng - bukan kepakaran saya kuew teow nih!!! tambah2 udang takde!!! kucai takde!!! tapi goreng jer and it was so tak sedap!!! takpe...takpe...kot2 anak2 rasa sedap - (perasan la ko!!!) so bila iman dgn isymil suap kat mulut saya perati jer - terkebil2 nak menelan!!! dah ghopa peribahasa - ditelan mati mak , diluah mati bapak!!! kahkahkah!!!!

saya : tak sedap yek kuew teow ibu?
iman : ok jer....
isymil : tak sangat!!!

jawapan cover2 yg berbeza yang punye maksud yang sama!!! 
Tak Sedap Langsung!!!!!!!!!!!!!!!!


3. Wordless wednesday


Tuesday 1 July 2014

2. Amboi!!!!!!

sembang-sembang ilham malam semalam.......
ilham : ibu...ini katil sape?
saya : katil ibu ayah...
ilham : ibu...ini bantal sape?
saya : bantal ayah...
ilham : nanti cakap kat ayah...tengok TV sampai tido k ibu...
saya : kenape?
ilham : adik nak tido kat sini...ayah ade sempit!!!

sabo jer la - dia yang menyempit iye!!! dah dekat sebulan saya tido ber 3 atas katil okay!!!!

1. Nasi goreng kampung

sahur hari ni - nasi goreng kampung with ayam rempah!!! sebenarnye iman n isymil request spagetti for sahur tapi saya dah siap2 amik nasi putih kat umah MIL lepas berbuka tadi!!! masak nasi 2 periuk - maka ade satu periuk tak berusik - so dari membazir jom la kita makan nasi goreng ye anak-anak.........
nak resepi??? jangan le ngada-ngada!!! goreng nasi pon tak tau pegi la terjun lombong!!!!!!! selamat berpuasa semua....